إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

أعطنى محبتك ورحمتك ولا حول ولا قوة إلا بالله

Sunday, December 6, 2009

Ajaibnya zikir

Pada jam 9.40 malam seorang rakan karib bersama keluarganya datang menziarahi saya untuk melihat anak kecil saya yang baru berusia 2 minggu, ketika asyik berborak datang pula seorang rakan kami ke rumah untuk menziarahi saya, dan ringkasnya dia datang berhajat untuk menceritakan kepada kami tentang penapis air yang berakali dibawanya bersama...ringkasnya ketika demontrasi dilakukan air paip menunjukkan kadar bacaan phnya amat teruk dan penuh dgn asid sementara air tapisannya pula penuh dengan sumber berakali, tetapi bukan itu yang saya takjubkan, yang saya takjubkan ialah air paip yang dibacakan zikir padanya dan apabila di test dgn alatnya menunjukkan bacaan phnya sama dengan air tapisannya MASYAALLAH saya amat terkejut dan takjub, selama ini kita sanggup menghabiskan beribu ringgit semata2 mencari barang2 atau pelbagai makanan kesihatan sedangkan telah jelas agama islam telah pun menyediakan kepada kita panduan pemakanan dan kesihatan bahkan air yang dibaca zikirpula boleh didapati secara percuma sahaja.

Oleh itu wahai sahabat dan saudara ku kembalilah kita kepada agama, hidupkanlah semula hati kita dengan amalan berzikir

ألا بذكرالله تطمئن القلوب

Bukan saya nak memberi tazkirah tentang kelebihan berzikir rasanya sudah banyak karangan yang ditulis oleh ulama tentang kelebihan berzikir dan  boleh di dapati ditoko-toko buku agama namun insyaallah jika diberi kesempatan masa saya akan menulis berkaitan dengan zikir menurut pemahaman saya hasil rujukan dari buku2 ulama yang telah ada sekadar untuk memeriahkan sahaja persada dunia penulisan.

Buat anak2 murid ku yang sudah mengambil perjalanan zikir ini teruskanlah beristiqamah buatlah walau pun sedikit kerana ia lebih baik dari dibiarkan terus hati kita ini kosong tanpa cahaya zikir, diri yang tidak berzikir kepada Allah SWT umpama sebuah bilik kosong yang tidak bercahaya lampu.

Carilah guru mursyid insyaallah sampai kamu kepadaNya

كن مع الله وإن لم تكن مع الله فكن مع من كان مع الله فإنه يوصلك إلى الله

maksudnya :

Hendaklah engkau beserta dengan Allah SWT, dan jika tidak dapat bersama dengan Allah, maka hendaklah engkau sekalian beserta dengan orang yang sudah bersama dengan Allah, kerana pasti orang itu akan menyampaikan kamu kepada Allah.

اللهم افتح مسافح قلبي لذكرك وارزقنا طاعتك وطاعة رسولك وعملا بكتابك


No comments:

Post a Comment