إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

أعطنى محبتك ورحمتك ولا حول ولا قوة إلا بالله

Monday, December 7, 2009

Strategi Setan Menyesatkan Manusia

Sebelum kita mengetahui strategi setan menjerumuskan manusia, ada baiknya terlebih dahulu mengetahui Visi dan Misi syaitan.

Visi syaitan adalah memperbudakkan manusia dan misinya pula membuatkan manusia lupa atau lalai kepada Allah SWT.Adapun strategi syaitan untuk mewujudkan visi dan misinya adalah :
1.Waswasah
    Waswasah artinya membisikkan keraguan pada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal soleh. Saat berkumandang azan subuh dan tubuh kita masih dilitupi selimut, terlintaslah di dalam fikiran kita, "nantilah, lima lagi". Ini adalah waswasah. Kenyataannya bukan lima minit tapi satu jam, akhirnya solat ubuh terlambat bahkan tidak sempat solat.

    2. Tazyin

    Tazyin artinya membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. segala yang berbau maksiat biasanya terlihat indah, Misalnya, mengapa orang berpacaran lebih mesra daripada suami isteri? Hidup bersekedudukan lebih seronok daripada setelah berkahwin. Ini kerana ada unsur tazyin. Bersekedudukan itu maksiat, sementara nikah itu adalah ibadah.Maksiat disulap oleh syaitan sehingga terasa lebih indah, nikmat dan mengasyikkan. Inilah yang disebut strategi tazyin.

    3. Tamanni

    Tamanni artinya memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan. Pernahkah terlintas akan solat Tahajjud di saat anada merebahkan badan di tempat tidur? Namun pada waktunya jam loceng berbunyi, kita cepat-cepat mematikannya lalu meneruskan tidur.
         Pernahkah kita ingin bertaubat? Namun pada saat maksiat ada di depan ,ata, kita tetap melakukannya. Ironinya berlangsung berkali-kali. Inilah disebut strategi tamanni.

    10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

    Sufyan At-Tsauri berkata: " Sepuluh macam kekejaman ialah:

    1- Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak2nya dan kaum muslimin.
    2- Seorang yang pandai membaca Alquran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
    3- Seorang yang keluar masjid dan tidak sembahyang dua rakaat.
    4- Seorang yang berjalan di melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
    5- Seorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaat kemudian tidak solat jemaah.
    6- Seorang yang di daerahnya didatangi oleh orang alim tiba-tiba tidak mahu be;ajar apa-apa daripadanya.
    7- Dua orang yang bertemu di diperjalanan dan masing2 tidak bertanya nama kawannya itu.
    8- Seorang yang diundang ke jamuan tiba2 tidak datang.
    9- Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
    10-Seorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa jirannya lapar, tetapi tidak diberi baki dari makanannya itu.


    Adakah kita termasuk di dalam golongan itu...........

    Sunday, December 6, 2009

    Ajaibnya zikir

    Pada jam 9.40 malam seorang rakan karib bersama keluarganya datang menziarahi saya untuk melihat anak kecil saya yang baru berusia 2 minggu, ketika asyik berborak datang pula seorang rakan kami ke rumah untuk menziarahi saya, dan ringkasnya dia datang berhajat untuk menceritakan kepada kami tentang penapis air yang berakali dibawanya bersama...ringkasnya ketika demontrasi dilakukan air paip menunjukkan kadar bacaan phnya amat teruk dan penuh dgn asid sementara air tapisannya pula penuh dengan sumber berakali, tetapi bukan itu yang saya takjubkan, yang saya takjubkan ialah air paip yang dibacakan zikir padanya dan apabila di test dgn alatnya menunjukkan bacaan phnya sama dengan air tapisannya MASYAALLAH saya amat terkejut dan takjub, selama ini kita sanggup menghabiskan beribu ringgit semata2 mencari barang2 atau pelbagai makanan kesihatan sedangkan telah jelas agama islam telah pun menyediakan kepada kita panduan pemakanan dan kesihatan bahkan air yang dibaca zikirpula boleh didapati secara percuma sahaja.

    Oleh itu wahai sahabat dan saudara ku kembalilah kita kepada agama, hidupkanlah semula hati kita dengan amalan berzikir

    ألا بذكرالله تطمئن القلوب

    Bukan saya nak memberi tazkirah tentang kelebihan berzikir rasanya sudah banyak karangan yang ditulis oleh ulama tentang kelebihan berzikir dan  boleh di dapati ditoko-toko buku agama namun insyaallah jika diberi kesempatan masa saya akan menulis berkaitan dengan zikir menurut pemahaman saya hasil rujukan dari buku2 ulama yang telah ada sekadar untuk memeriahkan sahaja persada dunia penulisan.

    Buat anak2 murid ku yang sudah mengambil perjalanan zikir ini teruskanlah beristiqamah buatlah walau pun sedikit kerana ia lebih baik dari dibiarkan terus hati kita ini kosong tanpa cahaya zikir, diri yang tidak berzikir kepada Allah SWT umpama sebuah bilik kosong yang tidak bercahaya lampu.

    Carilah guru mursyid insyaallah sampai kamu kepadaNya

    كن مع الله وإن لم تكن مع الله فكن مع من كان مع الله فإنه يوصلك إلى الله

    maksudnya :

    Hendaklah engkau beserta dengan Allah SWT, dan jika tidak dapat bersama dengan Allah, maka hendaklah engkau sekalian beserta dengan orang yang sudah bersama dengan Allah, kerana pasti orang itu akan menyampaikan kamu kepada Allah.

    اللهم افتح مسافح قلبي لذكرك وارزقنا طاعتك وطاعة رسولك وعملا بكتابك


    Thursday, December 3, 2009

    Salam Ukhuwwah

    Assalammualakum...

    Salam Ukhuwwah buat semua sahabat2 dan saudara2 Ku...Alhamdulillah puji dan syukur ku hadapkan kepada Mu Ya Allah kerana memberi kekuatan atas diri ini untuk menggerakkan jari-jemari ini atas nama menyeru kepada sekalian Ummat kembali kepada jalan Mu yang lurus dan benar.
    Moga perkenalan ringkas ini berpanjangan yang dapat memberi peringatan dan manafaat buat diri kami.........Salam Perjuangan untu semua

    Tegakkan Ahlul Sunnah di Bumi Tanah Melayu ini.