إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

أعطنى محبتك ورحمتك ولا حول ولا قوة إلا بالله

Thursday, December 10, 2009

Banyaknya Anak Luar Nikah di Malaysia

diterima dari email....

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang

Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

sumber:
http://www.topix. com/forum/ world/malaysia/ TS8NFMF11AE4UI75 6

Masalah Akhlaq anak-anak Muslim generasi pelapis di Malaysia.

Antara punca permasalahan

1. Didikan dari peringkat keluarga tanpa menitikberatkan Akhlaq seseorang Muslim.
2. Tidak ambil berat tatsusila Aurat dalam Islam.
3. Media hiburan bebas tanpa kawalan berlandaskan Syariat Islam (hanya dikawal mengikut kehendak manusia) mendidik psikologi masyarakat banyak kepada cara hidup bertentangan Syariat Islam (terutama dalam hal akhlaq, aurat, kebebasan hidup dan sebagainya).
4. Institusi keluarga itu sendiri yang bermasalah.
5. Ibubapa yang sibuk dengan hal duniawi mengakibatkan lalai tanggungjawab mendidik anak cara hidup Islam.
6. Ibubapa jahil agama dan tidak mahu belajar memperbaiki kejahilan.
7. Asas pendidikan dari peringkat rendah yang tidak menitik beratkan pendidikan Akhlaq mengikut Syariat Islam sebagai teras utama merit dalam kurikulum pendidikan dari segi teori dan praktikal.
8. Masyarakat tidak ambil berat dan kian takut menasihati dan mengambil tindakan terhadap gejala sosial negatif yang berlaku berhampiran mereka.
9. Menganggap budaya nasihat-menasihati dan mengambil berat masyarakat sekitar itu sebagai 'menjaga tepi kain orang' (masyarakat wajib 'menjaga tepi kain orang' jika sesuatu perkara itu boleh mengakibatkan musibah).
 
Bersama-samalah kita berusaha & berdoa agar ALLAH s.w.t. menjauhkan musibah ini dari diri, keluarga dan masyarakat kita.
_________________________________________________________

Malaysia Boleh ???
Macam-macam Boleh ???
Anak Luar Nikah, Boleh ???
Buang Anak, Boleh ???

No comments:

Post a Comment