إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي

أعطنى محبتك ورحمتك ولا حول ولا قوة إلا بالله

Thursday, December 10, 2009

Sesat dan Bodoh Sangat Ke Masyarakat Islam DiMalaysia ?

Assalammualaikum....

     Cuma kadang2 dibenak nih sentiasa terfikir semula kenapa wujud sekalian permasalahan ini iaitu saling salah menyalahkan antara satu sama lain, makin lama semakin  berpecah belah umat islam di bumi Malaysia ini dengan isu pegangan masyarakat islam Malaysia sesat dan Bidaah sedangkan sekian ratusan tahun umat islam di Malaysia hidup aman dan harmoni di bawah fahaman Asyairah.

     Mari kita lihat semula  kepada sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu ini kita lihat sudah cukup cantik suasana yang dibawa oleh Ulama2 ketika itu penuh keharmonian aman damai dan tersusun Masyarakat Melayu Islam ketika itu dan amat bersatu padu bahkan semakin lama segala fahaman hindu yang memcengkam masyarakat melayu pada waktu itu pun lenyap daripada pegangan mereka (walaupun masih terdapat beberapa adat hindu yang masih diamalkan seperti adat nikah kahwin) tetapi diakhir2 ini ikatan itu semakin lama semakin longgar dan menjadi bertambah kusut hingga sudah sampai bertelagah sesama sendiri yang bukan sahaja melibatkan golongan ulama termasuk juga orang awam, siapakah yang punya angkara semua ini berlaku kenapa ikatan itu cuba dirungkaikan adakah ini kerana kebodohan Ulama2 Nusantara dan Tok2 Guru ini kerana sanggup berhabiskan berpuluh tahun belajar di Tanah Arab tetapi pulang ke  tanah air membawa balik ajaran yang salah kepada masyarakat kita seperti( Ajar sifat 20, baca yasin,tahlil,qunut,doa,tabarruk,tawassul dll.)  kalaulah benar golongan ini mengatakan tok2 guru masa dahulu(Ahmad Fatani,Daud Fatani,Syeikh Ahmad Falimbangi,Abdullah Fahim,Tok Kenali dll) tak betul kenapa golongan yang mendakwa Salafy ini ketika itu tidak muncul ke Tanah Melayu dan berdakwah kepada semua masyarakat melayu pada waktu itu  kepada islam,bukan sahaja di Tanah Melayu  bahkan di semua pelusuk Negara Islam..kenapa setelah beratus tahun baru muncul golongan ini(yg menyalahkan tok2 guru kita)baru muncul...bayangkan kalau tidak kerana Ulama2 kita yg dahulu nescaya  kita nih masih beragama Hindu Allahuakbar! amat besarnya jasa Tok2 Guru kita kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayulah telah berjaya menyelamatkan akidah org melayu daripada terus berpegang kepada ajaran hindu.

     Banyak org beralasan kita perlukan perubahan ataau pun tajdid, untuk tujuan apa sebenarnya bukankah dah elok keadaan sekarang adakah alasannya bila kita bermazhab menyebabkan kita mundur, belajar sifat 20 kita tak maju atau bila kita bermazhab kita akan bertelagah, wahai sahabat renungkanlah jelajah lah keserata Negara Islam yg lain, saya pelajar di Universiti Jordan, pernah ke Mesir,Syirria dan Lubnan walaupun mereka bermazhab lain tapi tak timbul pergaduhan, walaupun saya bermazhab Syafie dan  Masyarakat Jordan bermazhab Hanafi saya hormat dan ikut cara mereka dan tidak pernah berlaku pergaduhan atau perbalahan antara Pelajar Malaysia dengan masyarakat tempatan, jadi siapa yg war-warkan cerita bila bermazhab kita akan berpecah dan mundur, sebenarnya mundur adalah sbb sikap org islam itu sendiri yang malas berfikir dan berusaha sebenarnya kalau hendakkan kemajuan bukanlah bermazhab atau tidak bermazhab, Bangsa Jepun,Eropah dll itu kafir dan tidak beragama bahkan jauh dari bermazhab mereka tersgt maju, jadi kalau nak maju sgt perlukah kita tinggalkan islam, Sultan Muhammad Al Fateh org yg menawan Konstantinepol bermazhab Hanafi berakidah Maturidiah dan merupakan org yg disebut di dalam Al Quran yg berjaya menawan Rom bukahkan itu tandanya majunya islam bila bermazhab, mazhab tak salah fahaman org Malaysia tak salah, yang salah kita kerana sibuk sgt nak buat tajdid hingga mengganggu perasaan org lain dan mudah melemparkan org lain tak betul hingga kita lupa jasa2 Ulama kita yang banyak membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada Islam.

     Bila melihat  Dr Asri dengan isu tauliahnya menjadi hangat dan ada pula yang pro dan kontra, kalau kita lihat pernah di jemput 3 ulama dari Yaman untuk memberi ceramah di Perlis tetapi di halang kerana alasan tidak  bertauliah rasanya Dr Asri tahu perkara ini tidak pula dihebohkan, jadi kenapa bila dia dihalang mudah sgt yang pro kepadanya nak melatah mereka mendakwa mendakwa Jais tidak betul atau sengaja cari alasan nak menyekat dakwah Ulama.Dan kalau kita lihat enakmen Negeri Perlis sendiri pun sesiapa yg ingin berdakwah perlu kpd tauliah jadi Jais tak salah kerana dengan tauliah kita akan dapat menyekat golongan yang sesat untuk menyampaikan ajaran mereka.Bila fahaman mereka kita sekat mereka melatah dan sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang melampau, tetapi apabila mereka sendiri mempunyai kuasa, sama sahaja tindakan mereka seperti Jais, tak percaya apa yang berlaku kepada seorang Imam di negeri Perlis yang cuba dipecat atau telah dipecat dengan alasan tidak mengikut cara fahaman mereka kenapa isu ini tidak dihebohkan fikir-fikirkan lah.
Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment